" Jangan kamu menentang takdir Allah, ia adalah keputusan-Nya yang
agung, tiada siapa yang boleh menahan atau membantah. Turun dan naiknya
nafasmu itu adalah takdir Allah, kamu akan binasa jika menahannya.
Terimalah takdir-Nya dengan keredhaan walaupun kamu buta untuk memahami
kebaikannya. Ingatlah bahawa Dia tiada akan menzalimimu walau satu zarah
sekalipun, tetapi engkau sebenarnya berpaling dari peraturan-Nya.
Perbanyakkan wirid untuk memahami rahsia-Nya, hanya kekasih yang
memahami bahasa kekasihnya,
"Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah ( jiwa yang sentiasa tenang
), kembalilah kepada tuhanMu dengan keadaan engkau redha kepada-Nya,
dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan
hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku ! (al-fajr : 27-30)

No comments:
Post a Comment